Tuesday 3 December 2013

SAAT BERPISAH...

Jika sanggup datang, mesti sanggup pulang
bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah
jika semuanya kerana ALLAH

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji...tiba masanya pasti kembali!

  Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua.

   Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
   "Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."

   Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan datang dirantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

   Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan juga terlalu berdukacita. 

   Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa, pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita tenang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar.

   Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.

   Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hambaNya selagi kita tidak putus asa kepadaNya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.

   Luruskan jalan meuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
   "Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."

   Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakn terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksaan berbeza.

   Justeru, carilah apakah 'kebijaksanaan' itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut...katakanlah pada diri, bila berhadapan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu apabila berhadapan dengan detik itu.

   Kita akan terlupa jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.

   Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan - dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran - proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia. 

   Ya, kalau sanggup datang mesri sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa berasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya...syurga!

   Pada kita, cuma pasrah...


Monday 25 November 2013

Hati Besar vs Hati Kecil

Hati adalah raja dalam kerajaan diri,
berhati-hatilah menjaga hati,
berilah hati kepada Pencipta hati..

Malam itu aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yg sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya?

   Kata bijak pandai, soalan itu tidak relevan. Justeru menurut mereka, orang yg berjaya tidak sempat bertanya apakah dia telah berjaya seperti mana orang yg bahagia tidak akan bertanya apakah dia bahagia?

   Pedulikan kajian dan ungkapan sarjana. Aku kendalikan hidup sendiri dan bebas memberi erti dan makna tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada diri sendiri selagi terus tunduk sebagai hamba ILAHI. Di mana ukuran kejayaanku?

   Dibisikkan kepada hati, kejayaan itu apabila kau mencapai tujuan dalam hidupmu. Lalu apakah tujuan hidup itu? Ini soalan asas yg sejak dahulu telah diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada ALLAH.

   Mudahnya! Tetapi tidak semudah itu apabila istilah ibadat itu hendak 'ditulis' dalam kehidupan. Seringkali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat apabila usaha memburu nikmat melupakan kita kepada Pemberi nikmat.

   Tujuan pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yg datang selepasnya. Tujuan iru mengabdikan diri kpd Allah penuh seluruh. Keperluan itu ialah makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta. Tujuan itu ialah rasa kehambaan - takut, cinta, harap, taat - seorang hamba kepada Allah. Keperluan itu ialah harta, pakaian, kenderaan dan segala miliknya yg wajib dijadikan jalan utk mencapai tujuan.

   Ahh.. Malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan. Padahal, hati dan diri masih jauh drpd berjinak-jinak dgn ALLAH. Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari, sering juga keperluan menjadi tujuan. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana keperluan yg dicari tanpa henti atau yg telah melimpah tanpa batas.

   Dan lebih aneh kalau ukuran kejayaan telah tertukar tanpa sedar. Kita mengukur ertinya pada neraca keperluan, bukan tujuan. Aku lebih berjaya, kalau harta, rumah dan kenderaanku mewah dan bertambah. Padahal di neraca tujuan, timbangan cinta, takut dan harapmu kepada Allah kian ringan. Kekadang, pandai mula syaitan berkias kata, berkilas rasa...katanya, kau mencari segala kerana Allah jua.

   Jika benar harta dan milikmu itu kerana Allah jua, bagaimana rasa hatimu ketika mencari, mengurus, dan mentadbirnya? Apakah segala-galanya diurus tadbir dgn rasa takut, cinta, dan mengharap keampunanNya? Bagaimana pula dgn solatmu, kian khusyuk? Bagaimana dgn puasamu, sudah soleh? Bagaimana dgn hajimu, sudah mabrur? Bagaimana dgn mazmunahmu, sudah lebur?

   Hati besarmu boleh menipu wahai diri...tetapi hati kecilmu tidak mampu menipu diri sendiri. Hati kecilmu sentiasa tidak rela dan tega utk menipu diri sendiri! Dialah yg paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluan, bukan tujuan! Orang yg paling kuat ialah orang yg mengaku lemah di hadapan Allah. Dan cara mengaku lemah di hadapan Allah ialah dengan selalu berdoa kepadaNya. Orang yg kurang berdoa hakikatnya adalah sombong..seolah-olah terlalu kuat utk berhadapan dgn pancaroba hidup ini tanpa bantuan Allah.

   Padahal orang yg paling kuat ialah orang yg mengatur tadbirnya bersandarkan takdir-Nya. Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan, dan diakhiri juga dengan tangisan. Itulah petanda kelemahan manusia. Apa yg tidak disangka..berlaku, apa yg dijangka..tidak terjadi. Itu menunjukkan ada kuasa disebalik semua rencana. Itulah kuasa Allah!

   Malam kian larut. Mata tidak mahu tidur diheret dalam kembara hati yg bersimpang-siur. Apakah destinasiku saat ini? Apakah tujuan atau keperluan? Kembara hatiku terus melangkaui dinihari. Hati besar dan hati kecil terus berebut mengendali kemudi diri!

   Sampai bila kau ingin berdegil? Pasrah dan menyerahlah! Tapi ingat, itu bukan bererti kau tidak berusaha dan bekerja. Laksanakan semurni tadbir dan tunggulah sesuci takdir: Itulah tugas kita di dunia kerana disinilah kita..

Saturday 23 November 2013

Setelah Sekian Lama..!

Assalamualaikum kawan-kawan..

It has been over a year Mira dah tak update blog ni sampai password gmail sendiri pun dah lupa.. Haha. This is my second update and maybe I should introduce myself again, for the second time. Hehe.. Ukeyy, I was named as Nur Amira binti Zulkefli, born on 18th June 1993. I am a Kedahan. Just simple and easygoing in every matters, talkative, and love to make friends! :D

Just in case you want to know more about me, do add me at facecook and Twitter. I just have those social network accounts. I don't have all those wechat account, whatsapp, instagram, and so whatever social network accounts. Hehe.

Daa guys! ;)

Thursday 6 September 2012

Salam Perkenalan! :)

Just an intro about us, the authors of the caliphdivine blogspot. Hye! :)
Okayy, blog ni ada 2 orang penulis. Yang kiri tu nama pendek dia Dawina Awatif. Lagi pendek Weena. Haha. Yang sebelah kanan pulak nama pendek dia Amira Zulkefli. Lagi pendek Mira. We are both 19 years old. Same class, but different courses. Weena org seni, Mira pulak orang bisnes.
Do follow our blog, we are just cool and simple! Salam perkenalan! :)