Monday 25 November 2013

Hati Besar vs Hati Kecil

Hati adalah raja dalam kerajaan diri,
berhati-hatilah menjaga hati,
berilah hati kepada Pencipta hati..

Malam itu aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yg sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya?

   Kata bijak pandai, soalan itu tidak relevan. Justeru menurut mereka, orang yg berjaya tidak sempat bertanya apakah dia telah berjaya seperti mana orang yg bahagia tidak akan bertanya apakah dia bahagia?

   Pedulikan kajian dan ungkapan sarjana. Aku kendalikan hidup sendiri dan bebas memberi erti dan makna tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada diri sendiri selagi terus tunduk sebagai hamba ILAHI. Di mana ukuran kejayaanku?

   Dibisikkan kepada hati, kejayaan itu apabila kau mencapai tujuan dalam hidupmu. Lalu apakah tujuan hidup itu? Ini soalan asas yg sejak dahulu telah diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada ALLAH.

   Mudahnya! Tetapi tidak semudah itu apabila istilah ibadat itu hendak 'ditulis' dalam kehidupan. Seringkali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat apabila usaha memburu nikmat melupakan kita kepada Pemberi nikmat.

   Tujuan pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yg datang selepasnya. Tujuan iru mengabdikan diri kpd Allah penuh seluruh. Keperluan itu ialah makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta. Tujuan itu ialah rasa kehambaan - takut, cinta, harap, taat - seorang hamba kepada Allah. Keperluan itu ialah harta, pakaian, kenderaan dan segala miliknya yg wajib dijadikan jalan utk mencapai tujuan.

   Ahh.. Malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan. Padahal, hati dan diri masih jauh drpd berjinak-jinak dgn ALLAH. Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari, sering juga keperluan menjadi tujuan. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana keperluan yg dicari tanpa henti atau yg telah melimpah tanpa batas.

   Dan lebih aneh kalau ukuran kejayaan telah tertukar tanpa sedar. Kita mengukur ertinya pada neraca keperluan, bukan tujuan. Aku lebih berjaya, kalau harta, rumah dan kenderaanku mewah dan bertambah. Padahal di neraca tujuan, timbangan cinta, takut dan harapmu kepada Allah kian ringan. Kekadang, pandai mula syaitan berkias kata, berkilas rasa...katanya, kau mencari segala kerana Allah jua.

   Jika benar harta dan milikmu itu kerana Allah jua, bagaimana rasa hatimu ketika mencari, mengurus, dan mentadbirnya? Apakah segala-galanya diurus tadbir dgn rasa takut, cinta, dan mengharap keampunanNya? Bagaimana pula dgn solatmu, kian khusyuk? Bagaimana dgn puasamu, sudah soleh? Bagaimana dgn hajimu, sudah mabrur? Bagaimana dgn mazmunahmu, sudah lebur?

   Hati besarmu boleh menipu wahai diri...tetapi hati kecilmu tidak mampu menipu diri sendiri. Hati kecilmu sentiasa tidak rela dan tega utk menipu diri sendiri! Dialah yg paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluan, bukan tujuan! Orang yg paling kuat ialah orang yg mengaku lemah di hadapan Allah. Dan cara mengaku lemah di hadapan Allah ialah dengan selalu berdoa kepadaNya. Orang yg kurang berdoa hakikatnya adalah sombong..seolah-olah terlalu kuat utk berhadapan dgn pancaroba hidup ini tanpa bantuan Allah.

   Padahal orang yg paling kuat ialah orang yg mengatur tadbirnya bersandarkan takdir-Nya. Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan, dan diakhiri juga dengan tangisan. Itulah petanda kelemahan manusia. Apa yg tidak disangka..berlaku, apa yg dijangka..tidak terjadi. Itu menunjukkan ada kuasa disebalik semua rencana. Itulah kuasa Allah!

   Malam kian larut. Mata tidak mahu tidur diheret dalam kembara hati yg bersimpang-siur. Apakah destinasiku saat ini? Apakah tujuan atau keperluan? Kembara hatiku terus melangkaui dinihari. Hati besar dan hati kecil terus berebut mengendali kemudi diri!

   Sampai bila kau ingin berdegil? Pasrah dan menyerahlah! Tapi ingat, itu bukan bererti kau tidak berusaha dan bekerja. Laksanakan semurni tadbir dan tunggulah sesuci takdir: Itulah tugas kita di dunia kerana disinilah kita..

Saturday 23 November 2013

Setelah Sekian Lama..!

Assalamualaikum kawan-kawan..

It has been over a year Mira dah tak update blog ni sampai password gmail sendiri pun dah lupa.. Haha. This is my second update and maybe I should introduce myself again, for the second time. Hehe.. Ukeyy, I was named as Nur Amira binti Zulkefli, born on 18th June 1993. I am a Kedahan. Just simple and easygoing in every matters, talkative, and love to make friends! :D

Just in case you want to know more about me, do add me at facecook and Twitter. I just have those social network accounts. I don't have all those wechat account, whatsapp, instagram, and so whatever social network accounts. Hehe.

Daa guys! ;)